Connect with:




Persekutuan Snuker dan Billiard Malaysia (MSBF) telah tersenarai sebagai salah satu daripada 11 persatuan sukan dalam Program Sukan SEA Majlis Sukan Negara (MSN).

MSN telah menawarkan program latihan kepada 11 persatuan sukan kebangsaan yang mampu menghadiahkan pingat kepada negara dalam Sukan SEA Filipina, 30 November depan.

Pada masa yang sama, jaguh snuker negara, Thor Chuan Leong berasa lega apabila MSN menyenaraikan MSBF dalam program tersebut.

Chuan Leong yang juga merupakan pemenang pingat gangsa acara berpasangan dalam edisi Kuala Lumpur 2017 dan dua pingat emas ketika edisi Singapura 2015 menjadi sandaran bagi mendapatkan pingat pada edisi kali ini.

Menurut pengarah persediaan atlet MSN, Jefri Ngadirin ia menjadi sebab utama dalam pemilihan persatuan sukan ini dalam program MSN.

“Kami telah kemaskini semula program bagi kumpulan pertama dan terbaru kami telah memberi taklimat kepada 11 persatuan sukan berkenaan bantuan yang diperlukan dan apa yang perlu atlet lakukan untuk mereka layak ke Sukan SEA,” jelas Jefri dalam Astro Arena.

Dalam edisi Sukan SEA Filipina 2019, sukan snuker akan ditawarkan sebanyak 10 pingat emas yang akan direbut oleh kesemua atlet.

Jefri menambah, MSN juga turut bercadang bagi menawarkan program terhadap persatuan sukan kebangsaan yang berpotensi dalam masa terdekat.

“Persatuan-persatuan sukan yang dilihat berpontesi untuk meyumbang pingat kepada negara akan dipanggil untuk berbincang dan melihat perkembangan mereka sebelum Sukan SEA bermula,” tambahnya.

Foto : Snooker(dot)org