Connect with:




Berikut merupakan senarai 24 pemain yang telah dipanggil oleh Tan Cheng Hoe bagi menghadapi dua perlawanan persahabatan antarabangsa kelas A bertemu Sri Lanka di Colombo pada 12 Okt dan menentang Republik Kyrgyz di Stadium Hang Jebat, Melaka pada 16 Oktober.

Enam pemain tidak tersenarai kali ini iaitu penjaga gol Farizal Marlias dan Nazmi Faiz Mansor (JDT),Syawal Nordin (Kedah), Nasir Basharudin (Perak), Nik Akif Syahiran Nik Mat (Kelantan), dan R. Kogileswaran (Pahang).

Dalam pada itu,  Cheng Hoe telah memanggil enam pemain baharu terdiri daripada Mohamadou Sumareh dan Matthew Davies (Pahang), penjaga gol Haziq Nadzli dan Syamer Kutty Abba (JDT) serta Kenny Pallraj dan Nor Hakim Hassan (Perak).

Paling menarik ialah penampilan pertama pemain naturalisasi dari Pahang iaitu Mamadou Sumareh. Ayuh turun tengok perlawanan persahabatan di Stadium Hang Jebat nanti!