“Ini bermaksud Sumareh boleh didaftarkan sebagai pemain tempatan mulai tahun 2023. Bagaimanapun, selepas penelitian pihak MFL, Sumareh didapati telah bermastautin di Malaysia sejak umur 12 tahun.

“Selepas perbincangan, keputusan dicapai oleh Lembaga Pengarah MFL pada 28 September lalu untuk membuat pengecualian syarat pendaftaran lima tahun selepas pemain itu mendapat pasport warganegara yang sah dan membenarkan Sumareh didaftar sebagai pemain tempatan bukan lagi lima tahun tetapi hanya satu tahun dari tarikh permohonan Pahang iaitu 2 Mac 2019.

“Menurut keputusan yang dicapai Lembaga Pengarah MFL pada 28 September itu, Pahang hanya boleh mendaftar Sumareh sebagai pemain tempatan dari 2 Mac 2019,” kata Kevin dalam satu kenyataan rasmi daripada lawan web MFL, hari ini

Berdasarkan peraturan Liga-M yang ditetapkan, setiap pasukan diwajibkan mendaftar 20 pemain termasuk tiga penjaga gol terlebih dahulu selewat-lewatnya Khamis lepas sebelum senarai penuh 30 pemain pada 20 Februari depan. -BERNAMA