Connect with:




Selepas satu demi satu temasya besar di seluruh dunia terpaksa ditunda ekoran wabak Covid-19 yang melanda.

Malaysia juga tidak terlepas. Terbaharu, Sukan Malaysia (SUKMA) 2020 yang dijadualkan berlangsung di Johor pada Julai ini telah ditunda ke satu tarikh baharu yang akan diumum kemudian selepas Jawatankuasa Tertinggi SUKMA bermesyuarat pada Rabu.

Mesyuarat yang dihadiri Menteri Belia dan Sukan, Exco-Exco sukan negeri, Presiden Majlis Olimpik Malaysia, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara dan Insitut Sukan Negara itu sebulan suara menangguhkan SUKMA selepas mengambil kira aspek keselamatan dan kesihatan para atlet, pegawai serta semua yang terlibat dalam temasya tersebut.

Dua tarikh baharu telah di cadang iaitu pada Disember 2020 ataupun dianjak ke 2021 dengan mengambil kira beberapa perkara seperti pemantauan berterusan, tiada pertindihan tarikh penting serta kepentingan semua pemegang taruh.

Jawatankuasa juga bersetuju tarikh baru itu akan diputuskan secepat mungkin selewat-lewatnya awal Mei 2020.