Pasukan Malaysia berhasrat dapat menamatkan kemarau emas selama 26 tahun dalam acara sepak takraw lelaki  yang dilangsungkan pada Sukan SEA 2017 pada Ogos ini.

Mohd Syahir Rosdi selaku tekong utama negara yakin bahawa sokongan yang diberikan mampu menaikkan semangat pemain-pemain Malaysia kerana bertanding di laman sendiri.

Sokongan yang diberikan mampu menyumbangkan emas kepada Malaysia dalam acara berkenaan yang kali terakhirnya dimenangi pada Sukan SEA Manila 1991.

“Bermain di laman sendiri lebih meyakinkan saya untuk mendapatkan pingat emas terutamanya acara berpasukan.

“Bagi acara berpasukan, kita sudah lama tidak meraih emas. Kami bermain seramai 12 orang dan kalau boleh saya mahu kesemuanya mendapat emas.

Lebih manis jika pasukan takraw Malaysia mampu menyumbang dua emas, dan menjadikannya lebih baik.” katanya.

Pada temasya di Singapura dua tahun lalu, Syahir menghadiahkan pingat perak manakala emas diraih oleh Thailand dalam acara berpasukan.

Pasukan Malaysia telah menjalani latihan intensif di Thailand baru-baru ini dan persiapan itu sudah cukup untuk mereka mendalami ilmu yang berguna daripada pemain negara Gajah putih tersebut.