Bandar Birmingham secara rasminya diumumkan sebagai hos Sukan Komanwel 2022 selepas Durban, Afrika Selatan, dilucutkan menjadi hos sukan itu pada Mac lalu.

 

Pada 2015, Durban diangkat sebagai tuan rumah temasya itu, tetapi ditarik balik hak itu berikutan masalah kewangan yang dialami negara itu.

 

Ekoran dari itu, Birmingham dan Liverpool mula membida untuk menjadi tuan rumah sukan komanwel, namun Birmingham dipilih untuk menjadi hos rasmi pada September yang lalu.

 

Disebabkan Birmingham satu-satunya bandar yang membuat bidaan, Persekutuan Sukan Komanwel (CGF), Birmingham perlu menunggu selama tiga bulan untuk disahkan selaku tuan rumah yang baharu.

 

Pada awalnya, ia dilihat tidak mematuhi syarat sepenuhnya dengan CGF untuk meminta jaminan dan dari Birmingham dan kerajaan British.

 

Untuk pengesahan yang lebih jelas, ia akan diumumkan esok berikutan daripada pengumuman Birmingham sebagai tuan rumah Sukan Komanwel 2022.

 

Gold Coast, Australia akan menjadi tuan rumah kepada temasya sukan itu pada tahun depan.

 

Foto: VIsit Birmingham