Connect with:




Majlis Perasmian Sukan Insitusi Pendidikan (SIPMA) 2019 pada Isnin lepas telah berjaya disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia YBhg Dato’ Dr. Gazali Abas.

Merupakan kejohanan dwi-tahunan yang melibatkan penyertaan daripada lapan (8) kontinjen majlis sukan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu (MASUM, MASISWA, MSP, MASKOM, MSSM, MSMM, MSIPGM, dan MASKoV).

SIPMA 2019 bermula pada 17 hingga 24 Ogos 2019 bertempat di Sekitar Lembah Klang.

Sebanyak 8 jenis sukan akan dipertandingkan pada edisi kali ini iaitu, badminton, bola sepak, olahraga, renang, hoki, skuasy, tenpin boling dan bola jaring yang dipertandingkan buat pertama kali.

Sejumlah 93 pingat emas bakal menjadi rebutan kepada kontinjen yang bertanding.

Sukan renang, olahraga dan skuasy dijangka berlangsung sengit apabila beberapa atlet negara turut bertanding dalam acara berkenaan. Antaranya Welson Sim Wee Sheng (renang-atlet MASUM), Mohd Aqil bin Yasmin (olahragaatlet MASUM), Kirtana A/P Ramasami (olahgara-atlet MASUM), Aika binti Azman (skuasy-UM) Tia’a Faang Der (renang- atlet MASISWA) dan Chan Yi Wen
(skuasy – atlet MASISWA).

Penyertaan SIPMA yang khusus kepada atlet berusia 23 tahun ke bawah akan memberi satu ruang yang sangat luas kepada atlet muda bersaing dalam satu kejohanan sukan yang sangat kompetitif.

Selain itu, SIPMA 2019 juga akan menjadi salah satu medan untuk atlet memperlihatkan kebolehan dan potensi mereka untuk bersaing ke satu peringkat yang lebih tinggi.