Nama ‘Speedy Tiger’ bukan lagi hanya sebutan dalam arena hoki malaysia, malah kini menjadi sebutan di serata antarabangsa.  Oleh sebab itu,  Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) kini bersungguh dalam meletakkan skuad hoki lelaki negara dalam Program Podium.

Bantuan dan sokongan sains sukan amat diperlukan skuad hoki lelaki negara dalam membentuk dan memperbaiki cara permainan skuad menjelang Piala Dunia 2018 di Bhubaneswar di India.

Sementara itu,anak buah  Stephen Van Huizen mencipta sejarah kali pertama muncul naib juara Piala Asia di Dhaka, Bangladesh pada bulan lepas.

 

Hoki ?

Pasti semua orang tahu tentang kewujudan sukan ini.  Apatah lagi kini hoki menjadi salah satu sukan yang membawa nama Malaysia ke persada dunia.

Namun adakah anda semua tahu secara mendalam tentang peralatan yang digunakan oleh pemain hoki ?

 

1) Kayu Hoki

  • Kayu hoki kebiasaannya diperbuat daripada kayu ash atau mulberry.
  • Kayu hoki mempunyai permukaan rata dibahagian kiri
  • Panjang kayu hoki adalah bergantung kepada bentuk badan dan juga kedudukan pemain dalam permainan.
  • Panjang kayu hoki adalah antara 0.89 meter hingga 0.94 meter
  • beratnya ialah antara 510g hingga 624g untuk wanita dan antara 510g hingga 794g untuk lelaki

 

2) Bola Hoki

  • Berbentuk sfera dan keras, pejal atau kosong
  • Permukaannya licin tetapi pelipat(seam) atau lekuk-lekuk kecil (indentations) adalah dibenarkan
  • Berat bola adalah antara 156 g (minimum) – 163 g (maksimum)
  • Ukur lilit pula adalah antara 224 mm (minimum) – 235 mm (maksimum).

 

3) Pakaian Pemain

  • Semua pemain diwajib memakai ‘shinguard’ sepanjang perlawanan.
  • Jika pemain memakai tambahan ia hendaklah dari warna yang sama.
  • Setiap pasukan dikehendaki membawa dua set jersi yang berlainan warna dan setiap jersi hendaklah bernombor dari nombor 1 hingga 16.
  • Jersi Penjaga Gol hendaklah bernombor di belakang dan di hadapan.

 

4) Penjaga Gol

  • Penjaga perlu memakai ped di kaki dari pergelangan kaki sehingga paras lutut. Ped mestilah ringan  untuk membantu pergerakan penjaga gol.
  • Sarung tangan penjaga gol diperbuat daripada kulit dan plastik.
  • Pelindung badan dan bahu untuk melindungi tubuh badan dan dipakai di bawah jersi penjaga gol.
  • Pelindung mulut pula bertujuan untuk melindungi mulut dan gusi daripada cedera.
  • Pelindung muka adalah wajib bagi penjaga gol kecuali semasa penalti dan ia bertujuan melindungi muka, kepala dan kerongkong.
  • Bagi memudahkan penjaga gol melungsur di atas permukaan gelanggang sintetik ia perlu memakai seluar yang mempunyai ped.

 

Foto Kredit : Facebook ( Malaysian Confederation)