Connect with:




Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Subkhiddin Mohd Salleh mengejutkan ramai pihak apabila memutuskan untuk meletakkan jawatan selaku EXCO FAM dan pengerusi hari ini.

Beliau memberitahu, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pelbagai sudut termasuk kecaman yang diterima mengenai kredibiliti pengadilan ketika aksi  final Piala Malaysia pada 27 Oktober lalu hingga melibatkan ahli keluarganya.

Sementara itu, Subkhiddin yang mendedahkan pengumuman mengejutkan itu selepas sidang media Jawatankuasa Pengadil di Wisma FAM,  belum memberikan surat perletakan jawatan kepada FAM.

Foto: MYNEWSHUB