Connect with:




Sebut saja nama Suarez siapa yang tidak kenal dengan bintang bola sepak ini kan? Bintang penyerang Barcelona ini terkenal kerana kelicikan dan keupayaan beliau menjaringkan gol telah meletakkan beliau sebaris dengan legenda bola sepak yang lain.

Suarez yang bermain untuk Barcelona FC telah mencuba makan makanan Malaysia seperti Roti Canai, Char Kway Teow, Nasi Lemak dan Popia.

Luis Suarez memulakan tugasnya sebagai duta pelancongan Malaysia dengan merasa makanan popular negara.

Video yang dimuat naik oleh Youtube Malaysia Truly Asia, Suarez memberikan reaksinya apabila mencuba hidangan tersebut.

Luiz Suarez dilantik menjadi duta oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia untuk menjadi wakil Tourism Malaysia dalam usaha untuk mempromosikan pusat pelancongan Malaysia di seluruh dunia.

Perjanjian selama setahun ini diharap bakal menambah minat pelancong luar untuk berkunjung ke Malaysia, dengan mengambil kira pengaruh Suarez di seluruh dunia.

Foto Kredit : Malaysia Truly Asia