Connect with:




Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Nazri Aziz hari ini mempertahankan tindakan Tourism Malaysia melantik pemain Barcelona, Luis Suarez sebagai duta pelancongan negara, walaupun pemain tersebut mempunyai masalah disiplin di atas padang.

Suarez sebelum ini dikenali pernah beberapa kali digantung akibat menggigit telinga pemain lawan.
Ketika bermain dengan Liverpool, Suarez digantung 10 perlawanan selepas menggigit pemain Chelsea Branislav Ivanovic pada 2013. Dia juga digantung 9 perlawanan selepas menggigit pemain Italy Giorgio Chiellini pada perlawanan peringkat kumpulan Piala Dunia 2014.

Bagi Nazri, Suarez mempunyai pengaruh yang besar dalam media sosial.

“Suarez mempunyai pengikut Instagram seramai 25.3 juta, Facebook 18.9 juta, dan Twitter 12.4 juta.

“Janganlah kita menghukum orang semata-mata kerana apa yang berlaku di masa lalu” katanya ketika menjawab soalan di Parlimen.

Nazri menambah, matlamat utama pelantikan Suarez ini adalah menarik pelancong dari China, Macau dan Hong Kong ke Malaysia.

“Menerusi pelantikan Suarez yang bermain di La Liga ini, kita dapat menembusi pasaran sehingga 800 juta orang”.

Awal bulan ini, Tourism Malaysia telah memeterai kerjasama selama setahun dengan pemain kebangsaan Uruguay berusia 30 tahun itu sebagai duta pelancongan negara.

Suarez dijangka akan adir ke Malaysia selepas berlangsungnya Piala Dunia 2018.