Connect with:




Tonggak Liverpool, Daniel Sturridge didakwa Persatuan Bolasepak (FA) atas kesalahan berhubung perlanggaran undang-undang dalam peerjudian bola sepak pada Januari tahun ini.

Sturridge bagaimanapun menafikan perkara berkenaan tetapi pemain berusia 29 tahun itu memberikan kerjasama sepenuhnya sepanjang proses siasatan dijalankan.

Dia dikatakan melanggar salah satu peraturan yang berkaitan dengan pertaruhan dalam bola sepak sama ada informasi tentang perlawanan atau perpindahan pemain secara langsung atau tidak langsung.

Pemain antarabangsa England itu juga telah diberikan tempoh sehingga hari Selasa, 20 November untuk membalas pertuduhan.

Jurucakap Liverpool menambah: “Seperti mana-mana isu ini, kami akan membenarkan proses itu dilakukan dengan teliti secara menyeluruh sebelum membuat sebarang komen atau tindakan lanjut.”

Sturridge yang menyertai Liverpool dari Chelsea pada 2013, menghabiskan masa selama setengah musim pada  musim lalu di West Brom selepas dipinjam pada 29 Januari.

Sementara itu, dia telah memenangi 26 caps untuk England dan yang terakhir adalah ketika menentang Lithuania pada Oktober 2017.

Untuk pengetahuan, pemain bola sepak dilarang daripada menyertai aktiviti perjudian atau pertaruhan dalam mana-mana perlawanan. Bukan itu sahaja, mereka juga dilarang terlibat daripada pertaruhan dalam pelbagai perkara termasuk perpindahan pemain. Tiada maklumat mengenai pergerakan pemain boleh diserahkan kepada pihak ketiga.

Foto: PA