Connect with:




Selepas Liga Bolasepak Malaysia mengumumkan penyingkiran Perlis FA daripada saingan Liga Perdana semalam, rata-rata penyokong dan pemain meluahkan perasaan kecewa terhadap presiden Perlis.

Masakan tidak, setelah Datuk Ahmad Amizal Shaifit Ahmad Rafie menjanjikan bermacam-macam perkara hingga MFL membenarkan mereka beraksi di Liga Perdana, namun janji itu ternyata ‘ngomong kosong’ selepas ramai pemain mendakwa tidak menerima sebarang gaji sejak awal musim 2019.

Tempias Kepada Yang Lain

Penyingkiran Perlis FA dari liga perdana turut memberi tempias kepada pihak yang berkaitan. Sehubungan itu, peneraju aplikasi jualan tiket Stubapp yang dilantik sebagai pengedar pass bermusim dan penjualan tiket online untuk skuad Perlis memberitahu akan memulangkan kembali duit penyokong yang membeli pass bermusim dan keahlian Perlis FA.

Perkara berkenaan disahkan sendiri menerusi satu kenyataan yang dimuat naik dalam laman akaun syarikat tersebut yang akan memghubungi penyokong bermula hari ini.

“Seperti kenyataan rasmi yang telah dikeluarkan dari pihak MFL, Perlis FA telah dibatalkan penyertaan dalam Liga Malaysia 2019. Pihak Stubapp selaku pengendali pembelian pas musim dan keahlian Perlis FA, kami akan memulangkan 100% duit yang telah dibayar oleh pembeli, bermula esok” katanya.

Selain itu, mereka juga akan menghubungi pembeli-pembeli tersebut secara berperingkat untuk mendapatkan butiran akaun, bagi mempercepatkan proses pengembalian wang tersebut.

“Ribuan terima kasih kepada peminat Perlis yang menggunakan aplikasi Stubapp dalam tempoh 3 bulan ini. Hingga kita berjumpa lagi.” tambahnya.

Foto: Stubapp