Stress atau tekanan terjadi kerana anda menggunakan semua sistem yang ada dalam badan sehingga ia melampaui keupayaan diri anda sendiri.

Setiap individu yang mengalami stress atau tekanan didapati sukar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling mereka.

Mereka memerlukan usaha yang lebih untuk mencapai keseimbangan dalam dirinya agar boleh teruskan rutin harian.

Terdapat tiga faktor seseorang itu mengalami stress dan tekanan:

  1. Kenapa seseorang itu stress?
    1. Diri sendiri: Mungkin si dia meletakkan harapan terlalu tinggi terhadap apa yang dia inginkan.
    2. Keluarga: Kebanyakkan orang yang sudah memiliki keluarga pasti akan mengalami tekanan dan kebanyakkan tekanan yang dialami kerana konflik dalaman keluarga, masalah kewangan dan tragedi yang tak disangkakan berlaku (contoh: Kemalangan atau kematian secara tiba-tiba).
    3. Pekerjaan: Tekanan juga boleh dialami di tempat kerja. Anda mungkin mengalami tekanan kerana beban kerja yang diberikan atau konflik dengan rakan sekerja.
  2. Tanda-tanda stress.
    1. Letih keterlaluan.
    2.  

      Sakit kepala.

    3.  

      Cepat marah.

    4.  

      Gelisah.

    5.  

      Gangguan tidur.

    6.  

      Perubahan selera makan.

    7.  

      Tingkah laku agresif.

  3. Cara mengatasi stress atau tekanan:
    1. Bangun di awal pagi.
    2.  

      Sentiasa dalam keadaan bersedia.

    3.  

      Mengelakkan memakai pakaian ketat.

    4.  

      Mengelakkan penggunaan bahan kimia.

    5.  

      Catat apa yang ingin dilakukan.

    6.  

      Rajin bersenam.

Dari Abu Hurairah r.a. berkata,

Rasulullah bersabda, “Bukanlah orang yang kuat itu yang dapat membanting lawannya,

kekuatan seseorang itu bukan diukur dengan kekuatan tetapi yang disebut orang kuat

adalah orang yang dapat menahan hawa nafsunya pada waktu marah.”

(Bukhari – Muslim)