Connect with:




Salah satu perlawanan yang melibatkan pasukan Storm (baju biru) dalam  Kejohanan Kejuaraan Dodgeball peringkat kebangsaan. 

Pasukan Storm terus memberi tekanan kepada pendahulu liga, Zephyrs dalam Kejohanan Kejuaraan Dodgeball Peringkat Kebangsaan 2018 dalam kategori perempuan.

Storm kini mengumpul 18 mata untuk berada di kedudukan kedua liga hanya dipisahkan tiga mata dengan Zephyrs, 21 mata setelah lapan perlawanan berlangsung.

Ashley

Sementara itu, pemain kebangsaan, Ashley Yee yang mewakili pasukan Earthshakers berpendapat bahawa liga Dodgeball ini merupakan satu platform terbaik untuk cungkil bakat baru.

“Jika mereka ‘perform’ dalam pertandingan ini, ia membuka peluang kepada pemain untuk diserapkan ke skuad kebangsaan dan ini sudah tentu memberi banyak pilihan kepada jurulatih untuk memilih pemain yang benar-benar terbaik berada dalam skuad kebangsaan,” ujarnya.

Beliau kini sedang giat berlatih bersama pasukan kebangsaan kerana skuad Dodgeball akan ke Los Angeles tahun ini untuk menyertai ‘World Dodgeball Championships’ 2018.

Liga Dodgeball terbahagi kepada 3 liga iaitu Liga Kejuaraan Dodgeball kebangsaan untuk pasukan yang elit, Liga Amatur dan Liga Rookies Dodgeball untuk pasukan yang baru menyertai liga ini.

Liga ini telah berlangsung dari 24 March dan akan berakhir pada 13 Mei 2018 ini dan empat pasukan terbaik setiap liga akan layak ke ‘grand final’ bulan September ini.