Connect with:




Jika anda membayangkan lagenda ikonik WWE  ‘Stone Cold’ Steve Austin, apakah gambaran yang terlintas dalam fikiran anda? Sudah tentu, kerakusannya yang sedang minum minuman keras sambil memakai t-shirt 3:16 di dalam gelanggang, bukan?

Namun, itu hanyalah ‘signature’ yang selalu dilakukannya ketika masih aktif dalam sukan pro wrestling di era dahulu. Kini, Stone Cold yang berusia 53 tahun itu mendedahkan dia sudah berhenti meneguk minuman keras semenjak dua minggu lalu. Ianya sememangnya ajaib dan usaha yang membanggakan!

Ketagihannya yang melampau memaksa dia untuk mengamalkan pemakanan diet yang seimbang sambil mengikuti program kesihatan yang dianjurkan Dallas.

Menerusi The Steve Austin Show, tentang rutin dietnya yang amat menakjubkan dia berkata: “Program diet saya akan menjadi suatu perjalanan yang hebat, dan saya berpegang kuat kepada macro (komponen nutrisi makanan) yang diperlukan dengan tepat.

“Sifar alkohol yang terbaik selama 14 hari, berat menjadi ideal, stamina saya juga bertambah baik. Saya dapat merasakan diri saya mempunyai kekuatan seperti kuda.

“Tiada pengambilan minuan keras dan apabila anda mengamalkan pemakanan secara seimbang dengan konsisten dan makan makanan dalam kuantiti yang sepatutnya, ianya amat teruja apabila melihat perbezaan yang dibuat oleh anda atau saya.

“Saya juga turut melakukan Yoga. Ianya seperti neraka, saya melompat dan melakukan ‘split’ seperti ‘cheerleader’ dalam masa satu minit. Saya fleksibel!” selorohnya. 

Dia juga mendedahkan bahawa sebelum ini dia pernah cuba menggunakan ganja perubatan untuk membantu meringankan kesakitan yang dialami ketika berada  dalam arena gusti dan berharap ianya dapat mengurangkan ketagihannya terhadap minuman keras. Namun, malangnya Hall Of Famer itu memberitahu ia tidak berfungsi seperti yang diharapkan.

Foto: PA