Salah satu perlawanan tumpuan dalam aksi terakhir Serie A musim ini adalah pertembungan Lazio dan Inter Milan di mana kedua-dua pasukan mengintai slot terakhir ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan.

Sebelum perlawanan bermula, Lazio berada di tangga keempat dengan 72 mata. Inter berada di belakang ketinggalan 3 mata. Untuk meintas Lazio dan layak ke Liga Juara-Juara, Inter perlu menang tidak kira berapa jumlah jaringan sekalipun kerana kedudukan di liga Itali ini ditentukan berdasarkan pertembungan head-to-head berbanding jumlah perbezaan gol.

Lazio bermula dalam perlawanan ini apatah lagi beraksi di gelanggang sendiri. Sehingga minit ke-77, mereka mendahului Inter dengan kedudukan 2-1.

Semuanya berubah pada minit ke-78 selepas Inter dihadiahkan sepakan penalti hasil kekasaran Stefan De Vrij ke atas penyerang Inter, Mauro Icardi. Icardi mudah menyempurnakan sepakan penalti tersebut untuk mengikat keputusan 2-2 sebelum Matias Vecino menghadiahkan kemenangan mutlak buat Inter hasil jaringannya tiga minit kemudian.

Apa yang menarik disini adalah De Vrij yang bermain perlawanan terakhir untuk Lazio akan berhijrah ke Inter musim depan.

Sebelum perlawanan, banyak perdebatan melibatkan penyokong Lazio sama ada perlu menurunkan De Vrij dalam perlawanan genting sebegini atau pun tidak.

Jelas sekali, De Vrij akan dibenci penyokong Lazio walaupun pertahanan Belanda ini antara pemain kegemaran dalam pasukan sepanjang 4 musim bersama Lazio.

Bagaimanapun, beliau pastinya akan diangkat sebagai lagenda untuk Inter Milan musim depan walaupun belum lagi menyarung jersi pasukan tersebut.

Sementara itu, AS Roma sempat berjenak terhadap situasi kedudukan empat terbaik ini.