Connect with:




Status pertarungan Khabib Nurmagamedov dengan Tony Ferguson pasa UFC 249 yang dijadualkan berlangsung 18 April ini menjadi tanda tanya selepas juara lightweight dunia itu masih berada di Rusia dan tidak dapat keluar dari negara tersebut.

Khabib berada di Dagestan ketika Rusia membuat pengumuman sekatan perjalanan ke luar negara. Ini menyebabkan pertarungannya dengan Tony Ferguson di Amerika Syarikat berkemungkinan terpaksa di batalkan.

Pemilik UFC, Dana White ketika ini masih cuba untuk merealisasikan pertarungan tersebut yang sebelum ini telah beberapa kali ditunda ekoran kecederaan yang dialami Ferguson.

Bagaimanapun jika tidak dapat dijalankan, UFC dilaporkan akan menggantikan Khabib dengan Justin Gaethje.

Kritikan juga telah dilemparkan kepada UFC dan Dana yang tetap berkeras untuk menganjurkan acara tersebut walaupun Amerika Syarikat merupakan antara negara yang terjejas teruk akibat wabak Covid-19.