Connect with:




Pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin merasakan satu lagi perjumpaan dengan pengurusan pasukan bakal memberi jawapan terhadap ke mana hala tuju beliau pada musim hadapan.

Menurut laman web Crash.Net, Hafizh mengakui beliau masih belum mengetahui statusnya pada musim hadapan, sama ada akan kekal dalam kelas elit MotoGP atau turun ke Moto2.

Berita mengenai penarikan diri Johann Zarco dari KTM seterusnya memberi sedikit gambaran baharu dimana ada kemungkinan El Pescao untuk kekal di MotoGP.

“Saya sedar berita mengenai situasi Zarco akan membuatkan berlakunya pergerakan baharu melibatkan pelumba, tetapi saya tidak pasti mengenai diri saya.

“Saya harap mereka akan dapat sslesaikannya”.

Rakan sepasukan Hafizh di Tech 3, Miguel Oliveira dilaporkan akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan Zarco di KTM. Tech 3 sebelum ini menamakan Brad Binder sebagai pengganti Hafizh untuk musim 2020.

Jika jodoh Hafizh dengan MotoGP tidak berpanjangan, berkemungkinan besar pelumba negara ini akan beraksi di Moto 2. Sebelum ini, prinsipal pasukan Tech 3, Herve Poncharal ada menawarkan tempat untuk Hafizh bagi perlumbaan Moto2 untuk tahun hadapan.