Connect with:




Sebagai peminat bola sepak pasti menyaksikan perlawanan di stadium pasti akan lebih menyeronokan. Oleh itu, populariti bola sepak di seluruh dunia mendorong banyak negara untuk membina stadium yang besar untuk menampung sejumlah penonton.

Tahukah anda bahawa Stadium Nasional Bukit Jalil merupakan stadium terbaik di dunia pada 2018 serta antara stadium terbesar di dunia.

Berikut adalah beberapa maklumat mengenai 11 stadium bola sepak terbesar di dunia.

  1. Stadium Azadi, Iran (76,807)

Stadium Azadi, Iran
Foto: Stadium DB.com

Azadi Stadium telah dibuka 18 Oktober 1971 yang terletak Tehran, Iran. Stadium ini merupakan stadium bola sepak terbesar di Iran yang digunakan untuk perlawanan rasmi pasukan kebangsaan bola sepak Iran.

Stadium ini mampu menampung penonton seramai 76,807 orang kerana stadium ini mempunyai kesemua bahagian adalah tempat duduk. Stadium ini juga salah satu Kompleks Sukan Azadi dan dikelilingi oleh sebuah sungai untuk sukan mendayung, padang latihan bola sepak, kompleks angkat berat, kemudahan renang, dewan bola tampar dan gelanggang futsal.

Ia adalah stadium utama kepada pasukan kebangsaan Iran dan juga untuk Esteghlal FC dan Persepolis FC, dua kelab terbesar Iran yang terkenal kerana mempunyai persaingan yang paling panas dan sengit.

Rekod kehadiran penonton adalah seramai 128,000 orang ketika perlawanan kelayakan Piala Dunia FIFA 1998 antara Iran menentang Australia 22 November 1997.

 

  1. Stadium Borg El Arab, Mesir (86,000)

Stadium Borg El Arab, Mesir
Foto: The Arab Contractors

Stadium Borg El adalah sebuah stadium yang dibina pada tahun 2005 di resort Laut Mediterranean Borg El Arab iaitu 25 km dari barat Alexandria, Mesir. Ia adalah stadium terbesar di Mesir dan yang kedua terbesar di Afrika selepas Stadium FNB di Johannesburg, Afrika Selatan dengan kapasiti 86,000 dan semuanya adalah merupakan tempat duduk.

Stadium ini pada mulanya dibina sebagai sebahagian daripada projek stadium yang bertaraf standard antarabangsa kerana Mesir ingin memida untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2010. Selepas tawaran Mesir untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia gagal, stadium tersebut menjadi stadium rasmi bagi pasukan kebangsaan Mesir bersama Stadium Antarabangsa Kaherah.

Selain pasukan kebangsaan, pasukan Smouha yang berpusat di Alexandria mula bermain di stadium tersebut dan bukannya Stadium Alexandria sejak 2016. Manakala Al Ahly, Al Ittihad, Al Masry dan Zamalek juga bermain beberapa perlawanan di rumah kerana alasan yang berbeza.

 

  1. Stadium Aztec, Mexico (87,523)

Stadium Aztec, Mexico
Foto: Stadium DB.com

Estadio Azteca merupakan stadium pelbagai guna yang terletak di Bandar Raya Mexico yang mula dibuka pada 29 Mei 1966. Ia adalah stadium rasmi bagi pasukan Persatuan bola Sepak Kelab América dan pasukan kebangsaan Mexico.

Dengan kapasiti rasmi 87,523 penonton, ia adalah stadium terbesar di Mexico. pada 2018, stadium juga turut dijadikan tuan rumah bagi pasukan Cruz Azul. Stadium ini juga pernah dijadikan hos kepada Piala Dunia FIFA pada 1970 dan 1986 serta pernah menjadi tempat utama untuk kejohanan bola sepak Sukan Olimpik 1968.

Rekod kehadiran yang telah dicatatkan adalah seramai 119,853 penontong ketika perlawanan bola sepak antara Mexico menentang Brazil pada 7 Julai 1968. Tetapi rekod kehadiran paling tinggi yang pernah dicatatkan adalah ketika perlawanan tinju antara Julio César Chávez melawan Greg Haugen pada 20 Februari 1993 iaitu 132,247 penonton.

 

  1. Stadium Utama Gelora Bung Karno, Indonesia (88,306)

 

Stadium Utama Gelora Bung Karno, Indonesia
Foto; The Stadium Guide

Stadium ini merupakan stadium serbaguna di Jakarta Indonesia, ia juga dijadikan sebagai stadium utama bagi pasukan bola sepak kebanggsaan Indonesia serta stadium rasmi bagi kelab bola sepak Persija Jakarta.

Dibuka pada 21 Julai 1962, pada awalnya stadium ini memiliki kapasiti tempat duduk seramai 110,000 tetapi selepas dua kali diubah suai stadium ini berkurang ke 88,306 orang. Manakala rekod paling tinggi kehadiran penonton pada 23 Februari 1985 iaitu seramai 150,000 orang ketika perlawanan antara Persib Bandung menentang PSMS Medan.

Malah stadium ini turut mengadakan final Piala Asia AFC pada 2007 dan penganjuran Sukan Asia pada 2018 dan Sukan Paralimpik Asia 2018.

 

  1. Stadium Wembley, London, England (90,000)

Stadium Wembley, London, England
Foto: Stadium DB.com

Stadium Wembley adalah stadium bola sepak di Wembley, London, yang dibuka pada tahun 2007 di tapak Stadium Wembley yang asal yang  telah dirobohkan dari 2002-2003. Stadium ini digunakan dalam perlawanan Piala FA serta digunakan sebagai stadium rasmi bagi pasukan bola sepak kebangsaan England.

Pernah digunakan oleh kelab bola sepak Liga Perdana, Tottenham Hotspur antara Ogos 2017 hingga Mac 2019 kerana Stadium white Hart Lane sedang menjalani pengubahsuaian. Dengan kapasiti 90,000 tempat duduk, ia adalah stadium bola sepak terbesar di England dan stadium kedua terbesar di Eropah.

Selain perlawanan antarabangsa England dan perlawanan akhir Piala FA, stadium itu juga menganjurkan pertandingan utama lain dalam bola sepak Inggeris, termasuk pembukaan FA Community Shield, Piala Liga, separuh akhir Piala FA , Liga Perdana Inggeris dan perlawanan lainnya. Wembley menganjurkan Final Liga Juara-Juara Eropah pada 2011 dan 2013, dan akan menjadi tuan rumah kedua-dua separuh akhir dan final Piala Eropah 2020 nanti.

Malah stadium ini juga turut menganjurkan pertandingan final bola sepak Olimpik 2012 serta tuan rumah Piala Challenge liga ragbi, NFL London Games dan konsert muzik. Rekod kehadiran yang pernah dicatat ketika perlawanan bola sepak adalah 89,874 orang ketika Cardiff City menentang Porsmouth dalam aksi final Piala FA pada 17 Mei 2008. Tetapi rekod tertinggi yang pernah dicatat iaitu pada 29 Jun 2017 ketika konsert Adele seramai 98,000 orang.

 

  1. Stadium Rose Bowl, California, Amerika Syarikat (94,000)

Stadium Rose Bowl, California, Amerika Syarikat
Foto: Stadium DB.com

Stadium ini merupakan salah satu stadium bola sepak tertua dan legenda di Amerika Syarikat. Dibina pada tahun 1922, ia mempunyai kapasiti untuk memuatkan 94,000 penonton, walaupun pada tahun 1973 Rose Bowl ia menampung 106,869 penonton.

Stadium ini dibuka pada 28 oktober 1922 tetapi perlawanan pertama Rose Bowl adalah pada 1 Januari 1923. Ia turut dijadikan tuan rumah kepada pasukan bola sepak UCLA Bruins.

Rose Bowl juga pernah menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA 1994, Final Piala Dunia Wanita FIFA 1999 dan Perlawanan Akhir Bola Sepak Sukan Olimpik 1984, serta banyak perlawanan CONCACAF dan Persekutuan Bola Sepak Amerika Syarikat.

 

  1. Stadium Soccer City, Afrika Selatan (94,736)

Stadium Soccer City, Afrika Selatan
Foto: Stadium DB.com

Dikenali sebagai Stadium Nasional Kebangsaan Pertama atau FNB Stadium, juga dikenali sebagai Soccer City dan The Calabash, adalah stadium yang terletak di Nasrec, bersempadan dengan kawasan Soweto di Johannesburg, Afrika Selatan yang dibuka pada 1989. Stadium ini merupakan tuan rumah kepada pasukan bola sepak Kaizer Chiefs FC di Liga Perdana Afrika Selatan serta turut dijadikan stadium utama bagi pasukan kebangsaan Afrika Selatan.

Ia terletak bersebelahan dengan ibu pejabat Persatuan Bola Sepak Afrika Selatan (SAFA) di mana kedua-dua pejabat FIFA dan Jawatankuasa Penganjur Tempatan untuk Piala Dunia FIFA 2010 ditempatkan. Direka sebagai stadium bola sepak utama untuk Piala Dunia, Stadium FNB menjadi stadium terbesar di Afrika dengan kapasiti 94,736. Walau bagaimanapun, keupayaan maksimumnya semasa Piala Dunia FIFA 2010 ialah 84,490 disebabkan tempat duduk disediakan untuk media dan VIP lain. Stadium ini juga dikenali dengan nama samarannya ‘The Calabash’ kerana seakan sama dengan periuk Afrika atau labu.

Rekod kehadiran yang pernah dicatatkan adalah seramai 94,807 orang ketika perlawanan antara Kaizer Chiefs menentang Orlando Pirates pada 1 Ogos 2015.

 

  1. Stadium Camp Nou, Barcelona, Sepanyol (99,354)

Stadium Camp Nou, Barcelona, Sepanyol
Foto: Stadium DB.com

Camp Nou adalah stadium rasmi bagi pasukan gergasi Sepanyol, Barcelona FC sejak dibina pada tahun 1957. Dengan kapasiti tempat duduk 99,354 ia juga merupakan stadium terbesar di Sepanyol serta Eropah.

Stadium ini pernah dijadikan tuan rumah kepada final Liga Juara-Juara Eropah pada 1989 dan 1999, lima perlawanan termasuk perlawanan pembukaan Piala Dunia FIFA 1982, dua daripada empat perlawanan pada Piala Negara-Negara Eropah 1964 dan perlawanan akhir bola sepak pada Olimpik 1992.

Kehadiran tertinggi yang pernah dicatatkan adalah 20,000 penonton ketika Barcelona menentang Juventus pada pusingan pertama suku akhir Piala Eropah 1985-86.

 

  1. Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia (100,200)

Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia
Foto: Sukan SEA KL 2017

Stadium Nasional Bukit Jalil yang dirasmikan Ia oleh Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr. Mahathir Mohamad, pada 1 Januari 1998 ialah pusat sukan dan bangunan sukan paling terkenal di Bandaraya Sukan Kuala Lumpur, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia.

Stadium ini dibina khas untuk menganjurkan Sukan Komenwel 1998 di mana Malaysia menjadi tuan rumah sukan pasa tahun tersebut.

Menyediakan tempat duduk berbumbung untuk memberi keselesaan dan perlindungan optimum daripada cuaca untuk 100,200 penonton. Memenangi anugerah stadium terbaik di dunia bagi kategori Stadium Sedia Ada di Kongres Stadium Dunia 2018  selepas diubah suai untuk menganjurkan Sukan SEA 2017.

Stadium ini menjadi tempat utama sebagai tuan rumah pertandingan bola sepak antarabangsa Malaysia serta pertandingan peringkat kebangsaan seperti final Piala FA Malaysia dan final Piala Malaysia. Selain itu, ia juga turut dijadikan tempat untuk pelbagai acara sukan antarabangsa yang lain seperti Sukan SEA 2001 dan Sukan SEA 2017.

Rekod kehadiran tertinggi yang pernah dicatatkan di stadium ini adalah ketika final Piala Malaysia antara Selangor menentang Perlis pada 1 Oktober 2005 dengan jumlah penonton seramai 93,569 orang.

 

  1. Stadium Salt Lake, Kolkata, India (120,000)

Stadium Salt Lake, Kolkata, India
Foto: HT

Stadium ini dirasmikan pada bulan Januari 1984 dan meliputi kawasan seluas 76.40 ekar, Stadium Salt Lake di Kolkata adalah stadium terbesar di India. Ia juga merupakan antara stadium serbaguna terbesar di dunia. Ia mempunyai kapasiti untuk menampung 120,000 orang dalam satu masa. Ia adalah stadium utama kepada dua kelab bola sepak yang paling popular di Kolkata iaitu East Bengal dan Mohun Bagan.

Stadium ini terletak kira-kira 10 kilometer dari timur bandar Kolkata. Bumbung diperbuat daripada tiub logam dan lembaran aluminium dan konkrit. Terdapat dua papan elektronik dan bilik kawalan elektronik. Terdapat pencahayaan pada waktu malam. Terdapat pengaturan khusus untuk penyiaran TV.

Selain itu, stadium ini mempunyai trek sintetik yang digunakan untuk pertandingan olahraga. Ia mempunyai arena bola sepak utama berukuran 105 oleh 70 meter. Rekod kehadiran penyokong paling ramai adalah ketika perlawanan Mohun Bagan menentang East Bengal pada 13 Julai 1887 iaitu seramai 131,781 orang.

 

  1. Stadium Rungrado 1st of May, Korea Utara (150,000)

Stadium Rungrado 1st of May, Korea Utara
Foto: KCNA

Stadium ini merupakan stadium bola sepak terbesar didunia, Stadium Rungrado 1st of May, yang juga dikenali sebagai Stadium May Day, adalah stadium serba guna di Pulau Rungra, Pyongyang, Korea Utara yang dibuka pada 1 Mei 1989.

Acara utama pertamanya ialah Festival Belia dan Pelajar Dunia ke-13, stadium ini mempunyai kapasiti keseluruhan kira-kira 150,000. Ia kini digunakan untuk perlawanan bola sepak untuk perlawanan antarabangsa skuad bola sepak lelaki dan wanita Korea Utara. Malah stadium ini juga turut digunakan dalam beberapa acara olahraga serta sering kali digunakan untuk Pesta Arirang. Secara rasmi, stadium ini boleh menduduki 150,000 orang, tetapi kapasiti sebenar berada di bawah 114,000.

Stadium bola sepak terbesar di seluruh dunia juga merupakan simbol era seni bina baru. Stadium besar memberikan lebih peluang kepada ramai orang untuk menonton pertandingan bola sepak dengan lebih menarik. Semoga anda menyukai senarai 11 teratas stadium bola sepak. Beritahu kami tentang stadium kegemaran anda di bahagian komen. – Stadium DB.com

Foto: SNBJ Official