SHAH ALAM: Kawalan keselamatan di Stadium Hampden Park bakal diperketatkan ketika perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 bagi mencegah insiden serangan pengganas.

Kelayakan Piala Dunia 2018 itu bakal melibatkan pertemuan di antara pasukan England dan Scotland di Glascow.

Selepas insiden serangan berani mati di London dan Manchester Arena baru-baru ini membuatkan pihak kerajaan Britain lebih berjaga-jaga bagi mengelak kejadian yang tidak diundang.

Insiden itu telah menyebabkan 34 kematian dan 200 kecederaan.

Persatuan Bolasepak Scotland (SFA) berkata, pagar stadium akan dibuka lebih awal berbanding biasa iaitu dua jam sebelum perlawanan bermula bagi memudahkan pihak berkuasa melakukan pemeriksaan keselamatan.

Setiap penyokong yang hadir akan diperiksa di lima kawasan khas di perkarangan stadium manakala pemeriksaan beg akan dijalankan sebelum mereka melangkah ke tempat duduk masing-masing

Langkah itu diambil daripada hasil kerjasama pihak polis dan Persatuan Bolasepak (FA) Inggeris seperti mewujudkan Seksyen khas kepada pemegang tiket sah dan menyediakan perkhidmatan bas secara percuma sepanjang perlawanan berlangsung.

Jurucakap SFA berkata, keselamatan penonton amat penting buat SFA dan pelbagai langkah tertentu akan diambil bagi memastikan tahap keselamatan dapat dipertingkatkan.