Connect with:




Separuh akhir pertama Piala Liga Inggeris menyaksikan Tottenham Hotspur dapat menarik nafas lega apabila menumpaskan Chelsea 1-0 menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Harry Kane di Wembley.

Walaubagaimanapun, kemenangan gol tunggal pada minit ke-26 itu ternyata tidak menggembirakan buat pengurus Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino yang mengganggap keputusan penalti selepas Michael Oliver melihat ulang tayang video  bantuan pengadil (VAR) itu hanyalah nasib.

Hadiah penalti berkenaan turut mengundang kontroversi selepas Chelsea menegaskan Kane berada dalam kedudukan ofsaid sebelum dijatuhkan dalam kawasan penalti oleh penjaga gol Chelsea, Kepa Arrizabalaga.

Ekoran dari itu, VAR mengambil tempoh 90 saat sebelum menghadiahkan sepakan penalti kepada Kane yang berada di kedudukan tepat sebelum dijatuhkan.

Pengurus Chelsea, Maurizio Sarri turut mempersoalkan penggunaan VAR yang digunakan dalam Piala Liga tetapi tidak bagi saingan Liga Perdana.

“Saya tengok ulang tayang video itu. dan ianya  ofsaid,” kata Sarri.

Bagi Mauricio Pochettino pula, dia menegaskan penggunaan VAR bukanlah suatu perkara yang menggembirakan anak buahnya.

 “Saya tidak suka VAR dan saya tidak suka memang dengan cara ini. Hari ini kami mendapat kelebihan daripadanya selepas menyaksikan di Piala Dunia dan saingan lain seperti La Liga saya lihat mereka tidak begitu gembira apabila mula menggunakannya,” katanya.

Foto: Tottenham Hotspur