Kemenangan Tottenham Hotspur 4-1 ke atas AFC Bournemouth membolehkan skuad kendalian Mauricio Pochettinho naik ke tangga kedua liga dan terus memberi tekanan kepada Manchester United dalam saingan Liga Perdana Ingeris (EPL).

Dele Ali menjaringkan gol penyamaan untuk Spurs.

Bagaimana tuan rumah terlebih dahulu mengejutkan Spurs hasil jaringan Junior Stanislas pada minit ke-7 untuk meletakkan tuan rumah di depan. Spurs terus mengatur serangan dan pada minit ke-35, Spurs berjaya menyamakan kedudukan melalui Dele Ali.

Heung-Min Son terus membuktikan ketajaman beliau di depan gol.

Spurs terus garang apabila Heung-Min Son berjaya menjaringkan dua gol pada minit ke-62 dan ke-87. Bagai tidak puas dengan tiga gol, Serge Aurier memastikan Spurs pulang dengan bergaya apabila meledak gol keempat pada minit ke-91.

Serge Aurier menjaringkan gol ke-4 untuk Spurs.

Berbaki 8 perlawanan, saingan EPL makin rancak untuk merebut slot automatik ke UCL musim hadapan yang melibatkan Man United, Spurs, Liverpool, dan Chelsea. Yang pasti, salah satu pasukan ini akan terlepas slot UCL musim hadapan kerana slot hanya berbaki untuk tiga pasukan sahaja kerana Man City sudah boleh di katakan sudah menjuarai EPL musim ini.

Arsenal juga mempunyai peluang untuk ke UCL musin hadapan tetapi dengan syarat mereka perlu menjuarai saingan Liga Eropah untuk menempah slot automatik ke UCL.

Foto Kredit : Tottenham Hotspur