Connect with:




Kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris, Tottenham Hotspur (Spurs) memilih Singapura dan Shanghai sebagai sebahagian destinasi persediaan untuk pra-musim 2019/20 pada bulan Julai tahun ini.

“Kami amat gembira mengumumkan bahawa pasukan pertama akan ke Singapura dan Shanghai sebagai sebahagian daripada pertandingan pra-musim pada Julai bagi mempersiapkan diri untuk musim 2019/20”, menurut kelab itu di lamannya.

Kali terakhir Spurs mengunjungi Singapura adalah pada tahun 1995 apabila mereka menentang pasukan kebangsaan Singapura. Selain itu, pasukan di bawah kendalian Mauricio Pochettino juga akan membuat lawatan kali pertama di Shanghai.

Sebelum ini, Spurs hanya membuat lawatan ke Beijing pada tahun 2009 untuk bertanding merebut kejohanan Trofi Asia Barclays.

Antara nama-nama besar yang akan turut serta dalam lawatan itu seperti Hugo Lloris, Harry Kane, Dele Alli, Christrian Eriksen, Son Heung-Min dan ramai lagi.

Menurut Spurs, lawatan ke Singapura dan Shanghai adalah satu peluang kepada para pemainnya untuk berinteraksi dengan jutaan peminat di rantau itu serta berjumpa dengan kelab penyokong rasmi untuk kedua-dua buah negara.

FOTO : Reuters