Connect with:




Tottenham Hotspur menutup tirai 2017 dengan bergaya selepas berjaya menjinakkan Southampton 5-2 malam tadi.

 

Penyerang sensasi pasukan itu, Harry Kane berjaya meledak hatrik dalam perlawanan malam tadi, gol pertama hadir selepas berjaya menanduk masuk gol menerusi sepakan percuma Christian Eriksen pada minit ke-22.

 

Kemudian, pada minit ke-39 dia kembali lagi dengan menyempurnakan hantaran dari Son Heung-Min dan hatriknya hadir pada minit ke-67 meletakkan mereka selesa di hadapan.

 

Kane kini telah memecah rekod denagn mengumpul 37 jaringan sekali gus berjaya mengatasi Alan Sherer yang sudah mencatat rekod selama 22 tahun, dia juga telah berjaya mengatasi Lionel Messi sebagai penjaring terbanyak benua Eropah itu.

 

Jaringan Southampton hadir dengan jaringan Soufiane Boufal dan pemain gantian Dusan Tadic pada babak-babak akhir perlawanan.

 

Kemenangan besar itu membuatkan Spurs melonjak ke tangga keempat dengan mengumpul 37 mata dalam kempen Liga Perdana Inggeris.

 

Foto: Football365