Connect with:




Kelab dari Liga Perdana Inggeris, Tottenham Hotspur menjadi juara kumpulan H selepas melakar kemenangan 2-1 ketika menentang Borussia Dortmund dalam perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara-juara Eropah, awal pagi tadi.

 

Pierre-Emerick Aubameyang berjaya meletakkan Dortmund di hadapan dahulu selepas membuka tirai jaringan pada minit ke-31.

 

Kemudian, Spurs berjaya bangkit semula dalam separuh masa kedua apabila Harry Kane (minit 49) dan Son Heung Min (minit 76) berjaya meletakkan Spurs di depan 2-1 dan kekal bergelar juara kumpulan H.

 

Tottenham Hotspur adalah pasukan yang tidak asing lagi dalam arena bolasepak antarabangsa.  Mereka juga amat terkenal dengan pasukan yang mempunyai jentera yang kuat dan sering memberi saingan sengit dalam Liga Perdana Inggeris.

 

Bukan kata pasukan lelaki sahaja, Tottenham Hotspur juga mempunyai pasukan wanita mereka.

 

Pasukan ini juga bukan calang-calang hebatnya.

 

Berikut adalah kejayaan bagi pasukan wanita Tonttenham Hotspur;

Foto Kredit: Wikipedia

  1. Mereka menjadi juara dalam ‘FA Women’s Premier League’ bagi musim 2016/17

 

  1. Dinobat sebagai juara dalam ‘FA Women’s Premier League Southern Division’ bagi 2016/17.

 

  1. Bagi skuad simpanan pula, mereka berjaya memenangi ‘Capital Women’s Intermediate Cup’ bagi 2016/17.

 

  1. Meraka meneruskan kecemerlangan musim 2016/17 dengan memenangi ‘FA Women’s Premier League Reserve Cup’

 

  1. Mereka juga dinobatkan sebagai juara dalam ‘FA Women’s Premier League Southern Division’ dalam musim 2016/17.

 

Foto Kredit: The Guardian.