Connect with:




Penyandang utama Terbuka British, Jordan Spieth dan juara kejohanan utama 2017, Justin Thomas dan Brooks Koepka dilihat akan menjadi pesaingdalam Kejohanan Juara-juara AS PGA di Hawaii.

 

Juara bertahan dan juara Kejohanan PGA 2017, Thomas; juara Terbuka AS, Koepka, Spieth dan pemain yang terkenal dengan pukulan jauh, Dustin Johnson mengetuai senarai bintang Amerika Syarikat ketika 34 pemain bakal bersaing di Kapalua pada kejohanan pertama di bumi Uncle Sam itu pada 2018.

 

Dia juga menafikan bahawapemain yang tidak ternama juga perlu doberikan perhatian sepenuhnya dalam kejohanan yang besar.

 

Ianya merujuk kepada pemain bintag yang semakin meningkat naik dalam PGA, sekumpulan pemain veteran dan kemunculan semula juara 14 kejohanan utama, Tiger Woods dalam aksi pembukaan kejohanan tersebut.

 

Menurutnya lagi kejohanan ini akan lebih menarik apabila pemain muda akan bersaing dengan pemain yang lama akan menarik minat orang ramai untuk menyaksian kejohanan ini.

 

Tambahnya lagi, lapangan pertanian Kapalua adalah antara lapangan yang mudah berbanding lapangan yang lain sekali gus memaksa mereka untuk bersaing lebih kuat untuk menjadi yang terbaik di lapangan Kapalua, di sini.

 

 

Spieth yang ingin melupakan memori pusingan akhir Masters 2016 yang menyaksikan dia menjulang kejohanan utama ketiga di Royal Birkdale tahun lalu berkata, dia sudah mempunyai mental yang lebih kuat berbanding sebelumnya.

 

Foto: Jordan Spieth Golf