Connect with:




Peluang cerah ke pusingan akhir dalam Kejohanan Hoki Piala Asia 2017 apabila berjaya menundukkan Pakistan 3-2 dalam perlawanan peringkat ‘Super Four’, di Dhaka, Bangladesh semalam.

Pakistan terlebih dahulu membuka tirai jaringan seawal minit bertama menerusi Umar Bhutta, perlawanan tampak sengit dengan kedua-dua pasukan mengasakkan serangan bertali arus.

Namun, Speedy Tigers tidak mengalah apabila berjaya bangkit menyamakan kedudukan menerusi jaringan dari pukulan sudut dari Razie Rahim pada minit ke-10.

Jaringan kedua hadir dari Muhammad Yaqoob pada minit ke-19, namun kedudukan itu tidak kekal lama apabila Shahril Saabah menyamakan kedudukan pada minit ke-25.

Pasukan bimbingan Stephen Van Huizen dihadiahkan pukulan penalti ekoran daripada kekasaran yang dilakukan oleh penjaga gawang Pakistan, Mazhar Abbas terhadap Haziq Samsul.

Fitri Saari berjaya menyempurnakan pukulan penalti sekali gus berjaya memusnahkan harapan Pakistan untuk berada di pusingan akhir, Malaysia dijangka akan berdepan India pada perlawanan petang ini.

Sementara itu, Korea Selatan berjaya mengikat India dalam perlawanan peringkat ‘Super Four’ dengan jaringan 1-1.- BERNAMA

Foto Kredit: Zimbio