Connect with:




Syarikat baharu Sweden Speaser ingin mengubah bagaimana orang ramai mengikuti dan berinteraksi dengan satu sama lain sekitar acara sukan. Maka, mereka mencipta aplikasi pertama yang menggabungkan suapan keputusan berita yang terkini daripada permainan dalam kesemua sukan utama dari seluruh dunia, pertaruhan yang mesra dan media sosial, lantas menjadikannya lebih mudah untuk berbual mengenai sukan.

“Berbilion-bilion orang menyukai sukan dan kami ingin membantu menyatukan mereka,” kata Fanny Drape, Naib Presiden Speaser.

Aplikasi ini akan dilancarkan di seluruh dunia pada 23 Januari dan disediakan dalam 24 bahasa berbeza, melalui iOS serta Android dan boleh dimuat turun dan digunakan secara percuma.

Bukan aplikasi pertaruhan 

Sukan sepatutnya hanya berkisarkan keseronokan, dan begitu juga dengan cabaran. Biarpun pertaruhan tradisional mempunyai kesan-kesan yang memudaratkan, Speaser mengekalkan aspek keseronokan dalam pertaruhan – cabaran – dan membolehkan anda untuk memutuskan sekiranya pemenang seharusnya mendapat lebih daripada penghormatan dan kemuliaan dalam kemenangan. Mungkin secawan kopi?

Speaser mempunyai ciri keterujaan aplikasi pertaruhan tetapi telah menyingkirkan keburukannya.

“Ramai orang tidak boleh atau tidak membuat pertaruhan yang melibatkan wang,” kata Fanny Drape dan menyambung, “dan terdapat negara-negara yang mana pertaruhan tradisional adalah menyalahi undang-undang, maka ini akan menjadi alternatif yang menyeronokkan buat mereka.”

Cara ia berfungsi 

Sebelum berlangsungnya permainan akan datang, pengguna meramalkan kesudahannya dan mencabar pihak lawan dan memutuskan apa yang dipertaruhkan, sekiranya ada. Keputusan dihantar kepada apa yang digelar sebagai kadar kena (hit rate), agar pengguna boleh membandingkan keputusan mengikut senarai skor tinggi atau dinding kemasyhuran aplikasi. Kadar kena adalah berdasarkan keputusan daripada kesemua cabaran anda dan boleh ditambah baik dari masa ke masa.

Sambil mengikuti permainan, pengguna boleh menggunakan aplikasi ini untuk berbual bersama rakan-rakan, memperoleh berita terkini dan juga mendapatkan gambaran keseluruhan mengenai skor,