Ketua jurulatih pasukan Kedah yang baharu, Ramon Marcote Pequeno menegaskan beliau hadir kedalam pasukan bukan untuk membentuk supaya bermain dengan ‘ Marcote-style’ tetapi lebih kepada ‘Spanish-style’.

Ball-possesion, bergerak pantas dalam 3rd half & cipta banyak peluang melalui gerakan menarik merupakan asas kepada ‘Spanish-style’ yang saya mahu terapkan,” ujar pengendali berusia 40 tahun itu.

Menurutnya lagi, kebanyakan pasukan yang bermain didalam Liga Malaysia masih lagi bermain secara ‘English-style’ yang mengamalkan hantaran bola jauh kepada penyerang. Beliau berpendapat bahawa sudah banyak negara mula berubah dengan taktikal permainan cantik seperti yang diamalkan di Brazil (Joga Bonito) & Eropah (Tiki-taka).

“Mudah bagi saya membentuk pemain-pemain Kedah memandangkan mereka sangat ‘enjoy’ dan selesa untuk memegang bola ketika dalam perlawanan dan latihan.”

“Ketika 2015 (sebagai penolong jurulatih Kedah), saya memerlukan 4 bulan untuk membentuk pemain-pemain Kedah dengan style ini dan mereka berkerjasama dengan baik untuk menyesuaikannya.” tambah bekas pengendali skuad remaja Atltico Madrid itu.

Untuk rekod, Ramon Marcote merupakan bekas jurulatih yang membawa Kedah ke Final Piala Malaysia 2015 sebelum dilantik sekali lagi sebagai ketua jurulatih Hijau Kuning untuk musim 2018.