Connect with:




Biarpun mempunyai tiga pemain yang dibelenggu kecederaan ketika menang 5-0 menentang Republik Czech pada aksi pertama kelayakan Euro 2020, Jurulatih Three Lions, Gareth Southgate tetap yakin dengan kemampuan pemain lain yang ada untuk perlawanan menentang Montenegro.

Dalam perlawanan menentang Republik Czech, Jordan Henderson, Dele Alli dan Jadon Sancho telah mengalami kecederaan, namun Southgate akan membuat semakan kecergasan pada saat-saat akhir.

Southgate akan cuba menurunkan skuad sama menentang Republik Czech dan akan membuat beberapa pertimbangan untuk membawa masuk beberapa muka baru bagi mengelakkan isu kecederaan dan kecergasan yang akan menjejaskan pasukan.

“Ada beberapa perkara perlu diperiksa. Jordan salah seorang. Saya mungkin akan buat pertukaran. Kecergasan pasukan sangat penting.

“Perbezaan di beberapa posisi tidak begitu ketara, pemain yang lebih cergas akan berikan kelebihan. Saya mahukan keseimbangan dalam pasukan.

“Pemeriksaan juga akan dilakukan ke atas Dele, yang terlepas aksi kerana masalah hamstring. Henderson ada masalah kecederaan semasa tiba di sini, Sancho ada kecederaan ringan. Tiada masalah besar tetapi kami akan pastikan semuanya seimbang”, kata Southgate.

Three Lions masih mempunyai khidmat Raheem Sterling yang menjaringkan hatrik dalam perlawanan menentang Republik Czech di Wembley tempoh hari dan penyerang dan juga kapten pasukan, Harry Kane yang menjadi taruhan untuk membolosi gawang Montenegro.

Foto : Sportskeeda