Soong Joo Vern (SSBJ/Selangor) dan Lim Yin Fun (SSBJ/Kuala Lumpur) menepati ramalan apabila menjuarai kategori lelaki dan perempuan bawah 18 tahun Sirkit Akhir Badminton Junior Kebangsaan 100Plus.

Di perlawanan akhir Joo Ven menewaskan Soo Teck Zhi (BJSS/Selangor) 27-25, 15-21, 21-13, manakala Yin Fun menundukkan Lim Chiew Sien (BJSS/Johor) 17-21, 21-19, 21-14.

‚ÄúSatu kejuaraan sudah berada dalam genggaman dan berharap dua kemenangan dapat dicapai dalam bulan Julai nanti,” kata Joo Vern yang akan bertanding di Kejohanan Junior Asia (30 Jun – 7 Julai) dan Sukan Malaysia di Pahang (7- 16 Julai).

Sementara itu, Pulau Pinang meraih 2 anugerah terbesar iaitu pasukan terbaik dan penyertaan terbaik buat tahun kedua berturut-turut.

Sebanyak 47 pemain Pulau Pinang layak ke Sirkit Akhir, hampir dua kali ganda daripada Johor yang menduduki tangga kedua. Melaka pula berada di tangga ketiga dengan 28 pemain.

Untuk kategori pasukan terbaik, Pulau Pinang mengumpul 61 mata dengan Melaka dan Perak mengejar di belakang dengan masing-masing mengumpul 37 mata dan 26 mata

 

KEPUTUSAN AKHIR

Lelaki Bawah 18 Tahun

Perseorangan : Soong Joo Ven (BJSS/Selangor) bt Soo Teck Zhi (BJSS/Selangor) 27-25, 15-21, 21-13.

Beregu : Darren Isaac (BJSS/KL)-Tan An Khang (BJSS/Malacca) vs Calvin Ong-Tan Wee Gieen (BJSS/Sabah) 21-14, 21-19.

Lelaki Bawah 16 Tahun
Perseorangan :
Cheam June Wei (BJSS/Penang) bt Tan Teck Han (BJSS/Pahang) 21-15, 21-6.

Beregu : Cheam June Wei (BJSS/Penang)-Tan Jinn Hwa (BJSS/Sabah) bt Eric Jong (BJSS/Sarawak)-Ng Di Hua (BJSS/Johor) 15-21, 21-13, 21-9.

Lelaki Bawah 14 Tahun

Perseorangan : Soh Wooi Yik (BJSS/Kuala Lumpur) bt Tan Jia Wei (BJSS/Penang) 21-19, 21-12.

Beregu : Lee Zii Jia (BJSS/Kedah)-Soh Wooi Yik (BJSS/Kuala Lumpur) bt Chen Tang Jie-Mohamad Rausyan Shah (Negri Sembilan) 21-18, 19-21, 21-17.

Lelaki Bawah 12 Tahun

Perseorangan : Teoh Heng Jie (Perak) bt Chia Wei Jie (Kuala Lumpur) 21-17, 22-20.

Beregu : Chia Wei Jie-Lim Chong King (Kuala Lumpur) bt Lee Wei Hong-Liew Jun Rong (Penang) 21-17, 21-18.

 

PEREMPUAN

Perempuan Bawah 18 tahun
Perseorangan :
Lim Yin Fun (BJSS/KL) bt Lim Chiew Sien (BJSS/Johor) 17-21, 21-19, 21-14.

Beregu : Cheah Yee See-Norshahida Baharum (BJSS/Kuala Lumpur) bt Chin Kah Mun (BJSS/Perak)-Yap Cheng Wen (BJSS/Malacca) 21-13, 14-21, 21-15.

Perempuan Bawah 16 Tahun
Perseorangan :
Ho Yen Mei (BJSS/Kuala Lumpur) bt Yap Rui Chen (BJSS/Johor) 18-21, 30-29, 21-15.

Beregu : Goh Yea Ching (BJSS/Kuala Lumpur)-Raja Nurnina Qamarina (BJSS/Perak) bt Eng Pui Yee-Thinaah Muralitharan (BJSS/Selangor) 22-20, 21-13.

Perempuan Bawah 14 Tahun

Perseorangan : Kisona Selvaduray (BJSS/Negri Sembilan) bt Yap Yee (BJSS/Johor) 21-13, 22-20.

Beregu : Kisona Selvaduray (BJSS/Negri Sembilan)-Tew Jia Jia (BJSS/Johor) bt Ng Qi Xuan (BJSS/Negri Sembilan)-Tan Sueh Joe (BJSS/Kuala Lumpur) 21-6, 21-13.

Perempuan Bawah 12 Tahun
Perseorangan :
Goh Jin Wei (Penang) bt Pearly Tan (Kedah) 21-6, 21-5.

Beregu : Goh Jin Wei-Jaslyn Hooi (Penang) bt Toh Ee Wei-Yap Su Ling (Malacca) 17-21, 21-12, 21-15.