Soon Huat Tidak Dikenakan Tindakan Tatatertib BAM

Pemain beregu campuran negara, Goh Soon Huat ‘terselamat’ daripada berhadapan tindakan tatatertib oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) baru-baru ini.

Perbuatan Soon Huat yang telah melanggar perintah berkurung di Hotel Renaissance Kuala Lumpur telah dimaafkan oleh badan induk terbabit.

Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria menyatakan bahawa pihak mereka tidak akan mengambil sebarang tindakan selepas berpuas hati dengan penjelasan yang diberi oleh pengurus pasukan.

“Kami berpuas hati dengan penjelasan pihak pengurus pasukan dan berharap Soon Huat akan terus fokus dengan persiapannya bagi menghadapi Sukan Sea nanti,ā€¯ujarnya.

Selain Soon Huat, seorang lagi atlet yang terlibat dalam kes itu ialah penjaga gol futsal wanita negara, Nur Izwani Azman.

Dalam perkembangan lain, Norza turut memberitahu BAM akan mengadakan kem semangat buat atlet badminton di Fraser Hill selama tiga hari bermula esok hingga Ahad ini bagi menaikkan semangat sebelum bermulanya temasya dwitahunan itu.

Foto Kredit: BWF Fansite