Connect with:




Setelah hampir tujuh tahun Sony Playstation 4 dilancarkan pada 15 Novermber 2013 lalu, kini Sony bakal memperkenalkan produk konsol generasi terbaru mereka yang bakal dikeluarkan seawal tahun hadapan.

Walaupun sehingga kini masih belum mendapat pengesahan dari Microsoft atau Sony Interactive Entertainment berkaitan keluaran terbaru Xbox dan PlayStation tetapi laporan dari Comic Book telah melaporkan tentang kebocoran dua model permainan ini bakal dikeluarkan tahun hadapan.

Foto: Hypebeast

Pelancaran terbaru PlayStation iaitu PS5 dijangka akan hadir dengan speksifikasi yang menarik dan memukau dengan penyertaan ruang storan sebesar 2TB dengan sokongan resolusi 8K. Malah PS5 juga dikatakan bakal disokong dengan ‘backwards compatibility’’ di mana tiada pada permainan konsol sebelum ini.

Malah dengan penaiktaraf tersebut sudah pasti alat pendengar PlayStation VR juga dinaiktaraf. Oleh itu, sudah pasti pengawal baru, DualShock 5 juga bakal hadir dengan rekaan berbeza kerana bakal mempunyai kamera terbina dalam bertujuan untuk meningkatkan ketepatan analog dan sesuatu yang serupa dengan trackpad analog Steam.

Gambaran permainan yang bakal dikeluarkan oleh PS5

Penawaran permainan PS5 yang telah diumumkan juga sangat menarik seperti Gran Turismo 7 (yang juga akan mendapat sokongan PlayStation VR), PUBG 4K, The Last of Us II, Ghost of Tsushima, Battlefield Bad Company 3, Harry Potter, Vikings Assassin’s Creed dan GTA VI.

Berkenaan harga dipasaran pula, mengikut laporan Comic Book mengatakan harga PS5 bakal ditawarkan dengan harga $500 (RM2057.65) iaitu harga berkenaan lebih $100 berbanding PS$ ketika pelancarannya.

Bagi peminat PlayStation mungkin sudah tiba masanya anda mula menabung untuk mendapatkan koleksi konsol terbaru PS5 dan menjadi pembeli terawal untuk mendapatkannya.

Foto: Digital Overload