Connect with:




Teka-teki siapa yang akan mengisi kekosongan selaku jurulatih kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid terjawab apabila barisan lembaga pengarah sebulat suara memilih Santiago Solari sebagai pengendali baharu setelah berjaya mengurus juara Eropah itu dengan cemerlang.

Solari, 42  sebelum ini memikul tugas sebagai pengurus sementara Oktober lalu selepas Los Blancos menyingkirkan Julen Lopetegui gagal mencipta kejayaan buat kelabnya itu.

Penyebab utama dia diberikan kepercayaan untuk memikul tugas sebagai pengurus kerana Real Madrid berjaya melakar kemenangan menewaskan Melilla dalam kempen Copa del Rey, selain menang 5-0 ke atas Viktoria Plzen dalam aksi liga juara-Juara.

Bukan itu sahaja, Solari turut memacu kemenangan buat Real selepas menewaskan Real Valladolid dan Celta Vigo dalam saingan La Liga.

“Barisan lembaga pengarah Real Madrid telah bermesyuarat hari ini dan memutuskan bahawa Santiago Solari dilantik sebagai jurulatih sehingga 30 Jun 2021,” kata kenyataan daripada Real Madrid, hari ini.

Foto: sportskeeda