Connect with:




SKF Malaysia akan menghantar pasukan bola sepak Sekolah Menengah Kebangsaan Dato ‘Abdul Samad, Tanjung Ipoh, yang memenangi kejohanan kelayakan ‘SKF Meet the World’ baru-baru ini ke Gothenburg, Sweden dari 15 – 21 Julai 2018. Pasukan tersebut akan mewakili Malaysia di Piala Gothia 2018 – kejohanan bola sepak belia terbesar di dunia, di samping lebih 70 pasukan dari 80 buah negara.

SKF adalah salah satu penganjur utama Piala Gothia 2018, di mana lebih daripada 37,000 orang pemain bola sepak muda dari seluruh dunia akan mengambil bahagian.

SKF adalah pengeluar dan pembekal galas dan pengeluar Sweden yang terkemuka di seluruh dunia sejak tahun 1973. SKF di Malaysia telah menganjurkan kejohanan ‘SKF Meet the World’ sejak tahun 2007. Idea di sebalik kejohanan ini tidak hanya untuk menganjurkan kejohanan bola sepak yang menarik, tetapi juga untuk mencungkil bakat bakat muda tanah air, dan juga untuk memberi peluang untuk ke Gothenburg, mengambil bahagian dalam Piala Gothia dan bertemu rakan-rakan mereka dari pelbagai negara.

Piala Gothia adalah kejohanan bola sepak yang berlangsung selama seminggu di Gothenburg, Sweden pada bulan Julai setiap tahun, untuk mewujudkan tempat pertemuan bagi golongan muda tanpa mengira jantina, latar belakang sosial, budaya, warna kulit atau agama. Kejohanan ini telah berlangsung selama kira-kira 30 tahun dan setiap tahun, ratusan pasukan berkumpul utuk memainkan kira-kira 4,500 perlawanan di 110 buah padang.

Kejohanan “Meet the World” tahun ini yang dianjurkan oleh SKF Malaysia dengan sokongan Kementerian Pendidikan (Bahagian Sukan) Negeri Sembilan pula berlangsung di SMK King George V pada 14 dan 15 Mac 2018, di mana 13 buah pasukan bawah 14 tahun yang dipilih dari lebih 100 buah sekolah di Negeri Sembilan. Setiap perlawanan berlangsung selama 20 minit.

“Kejohanan “Meet the World” adalah mengenai inspirasi. Ia adalah sebuah kejohanan bola sepak yang akan memberi peluang kepada bakat-bakat tempatan untuk mengambil bahagian dalam pertandingan bertaraf dunia seperti Piala Gothia, dan bertemu para pemain muda lain dari negara-negara yang berbeza,” kata Pengarah Urusan SKF Bearing Industries (Malaysia), Kee Kam Dick.

“Kejohanan ‘Meet the World’ dan Piala Gothia adalah projek Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) terbesar kami di bawah inisiatif Penjagaan Komuniti kami, dan kami amat berbangga dengannya,” ujarnya lagi.

Di peringkat akhir kejohanan tahun ini, perlawanan di antara SMK Dato’ Abdul Samad Tanjung Ipoh dan SMK Za’Ba berakhir dengan keputusan seri 0 – 0. Tetapi, setelah perlawanan maju ke penentuan penalti, SMK Dato’ Abdul Samad merangkul kemenangan dengan keputusan 4-3.

Kedua-dua pasukan ini telah bertarung di kejohanan ‘Meet the World’ tahun lepas dengan pasukan Za’ba menjuarai penentuan penalti.

Juara tahun ini, Sekolah Menengah Dato’ Abdul Samad, memperoleh kemenangan mereka dengan kemahiran dan kekuatan mereka yang hebat sementara ibu-bapa dan rakan-rakan mereka bersorak dengan kuat dan merayakan mereka di padang!

Selain dua pasukan tersebut, sekolah-sekolah yang turut mengambil bahagian tahun ini adalah SMK Tunku Ampuan Durah, SMA Hj Mohd Yatim, SSN SMK Za’ba, MRSM Kuala Klawang, SMK Dato Abdul Samad (Port Dickson), SMK Pasir Besar, SMK Senawang, SMK Seri Ampangan, MRSM Serting, SMS Tuanku Jaafar, SMK Sedia Raja dan SMK Bukit Kepayang.
“Ini adalah satu pencapaian yang bersejarah dan amat bermakna untuk sekolah kami. Pendedahan yang mereka terima di peringkat antarabangsa akan menyumbang kepada pembangunan kemahiran bola sepak mereka dan juga membantu mereka berjaya sebagai atlet berprestasi tinggi di masa depan,” puji Guru Besar Sekolah Menengah Dato ‘Abdul Samad, En. Ezaiddin Hussain.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada SKF untuk peluang ini, dan akan memastikan pasukan kami memberikan yang terbaik di Piala Gothia di Sweden,” katanya.

Ketua pasukan, Azri Azizi berkata, “Saya sangat gembira kerana pasukan sekolah kami telah memenangi kejohanan “SKF Meet the World” tahun ini. Dengan penuh keazaman, semangat dan latihan pasukan, usaha kami sudah berhasil. Kami berterima kasih kepada jurulatih kami, guru sekolah, ibu bapa dan sahabat kami atas sokongan mereka yang tidak berkesudahan.”

Keseronokan yang kami rasakan sekarang sangat menggembirakan! Kami tidak sabar-sabar untuk bertemu dengan rakan-rakan dari negara lain dan akan menggunakan sepenuhnya peluang ini untuk memberikan yang terbaik dalam Piala Gothia! ”

Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Kementerian Pendidikan Negeri Sembilan, Encik Muzir bin Ab Manan berkata, “Kami amat berterima kasih kepada SKF Malaysia kerana memberikan sokongan dan peluang untuk belia kita untuk pergi ke luar negara dan mendapatkan pengalaman melalui interaksi dengan rakan-rakan mereka dari seluruh dunia. Mereka juga dapat mempamerkan dan mengembangkan kemahiran mereka dalam bola sepak di peringkat antarabangsa, menyumbang kepada kejayaan bola sepak masa depan di Negeri Sembilan dan Malaysia.”

“Kebanyakan daripada pasukan ini tidak pernah melancong ke luar negara sebelum ini dan sekarang mereka akan terbang separuh seluruh dunia dan bertemu rakan-rakan baru dari negara-negara lain. Apabila mereka pulang ke tanahair, mereka akan membawa kembali kenangan tentang pencapaian bola sepak yang hebat dan kisah-kisah pertemuan menarik dengan rakan-rakan baru dari pelbagai negara dan budaya. “