Pemilik perlumbaan triathlon terkemuka dunia IRONMAN, anak syarikat kepada Wanda Sports Holding, mengumumkan bahawa slot IRONMAN® Malaysia edisi tahun ini telah habis dijual sebelum tarikh tutup pendaftaran iaitu 20 Oktober. Acara IRONMAN Malaysia tahun ini akan dilangsungkan pada 11 November 2017.

“Kami sangat teruja dengan sambutan dari komuniti IRONMAN di seluruh dunia. Sambutan yang laris ini membuktikan perlumbaan di Langkawi ialah satu destinasi yang mengagumkan selain kaya dengan sejarah. IRONMAN Malaysia bakal menawarkan 50 slot ke Kejuaraan IRONMAN Dunia 2018 di Kailua-Kona, Hawaii. Langkawi menjadi lokasi terbaik buat mereka yang ingin memburu slot ke kejuaraan dunia” jelas Pengarah Urusan IRONMAN Asia, Geoff Meyer.

Edisi tahun ini di Langkawi akan menyaksikan lebih 70% atlet daripada lebih 50 buah negara yang berbeza. Empat negara teratas ialah Jepun, Singapura, Australia dan Filipina. Kehadiran atlet-atlet antarabangsa ini sudah tentu akan membantu melonjakkan lagi industri pelancongan di Pulau Langkawi.
Kualiti perlumbaan yang baik dan konsisten sejak perlumbaan-perlumbaan yang lepas menjadi faktor utama sambutan yang baik di Langkawi. IRONMAN percaya sokongan dari masyarakat setempat dan pihak berkuasa tempatan di Langkawi turut membantu meningkatkan lagi mutu penganjuran acara ini dari satu tahun ke tahun.

Perlumbaan merangkumi disiplin renang sejauh 3.8km, berbasikal 180km dan larian 42.2km akan membawa peserta menyusuri bahagian barat Langkawi yang menawarkan keindahan dan keunikan tersendiri pulau ini. Acara renang akan diadakan di Pantai Kok yang cukup indah sementara laluan berbasikal menawarkan pemandangan menarik hamparan padi dan gunung ganang di pulau tersebut. Perlumbaan akan diakhiri dengan acara larian yang berakhir di pantai terkenal, Pantai Chenang.

Sepanjang minggu pada 11 November nanti, beberapa acara sampingan akan turut diadakan seperti IRONMAN® 70.3® Langkawi dan 2017 IRONKIDS® Langkawi. The 2017 IRONMAN® 70.3 Langkawi yang menawarkan 30 slot ke Kejuaraan IRONMAN® 70.3 Dunia di Teluk Nelson Mandela di Afrika Selatan turut telah dipenuhi slotnya selepas habis dijual.

IRONMAN® Malaysia dan IRONMAN® 70.3 Langkawi disokong oleh Malaysia Major Events, sebahagian dari Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB), agensi dibawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia serta Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA)

Sebarang pertanyaan dari atlet boleh dikemukan secara terus kepada malaysia@ironman.com

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai jenama Ironman dan siri-siri acara global, sila layari www.ironman.com. Pihak media boleh menghubungi alice.fry@ironman.com untuk sebarang pertanyaan.