Kuala Lumpur : Ratu Skuasy Malaysia, Dato Nicol David menjadi taruhan terbaik bagi Malaysia dalam mengumpul emas di Sukan Komanwel di Australia tahun depan.

Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM) masih yakin dengan kemampuan atlet tersebut selepas pencapaiannya di Glasgow, Scotland tiga tahun lepas.

Dalam edisi yang lepas, Nicol menjadi penyumbang tunggal pingat emas dalam skuasy selepas menewaskan Laura Massaro dari England. Walaupun prestasi Nicol tidak menentu, namun Nicol masih lagi pemain terbaik negara dan beliau juga akan mengetuai skuad skuasy negara pada Sukan Komanwel kali ini.

Sementara itu, Pengarah Kejurulatihan Persatuan Skuasy Malaysia (SRAM) menyatakan bahawa Malaysia akan beraksi dalam lima acara di sukan itu nanti. Acara terbabit ialah dua dalam acara perseorangan lelaki dan wanita serta tiga beregu iaitu lelaki,wanita dan campuran.

Dalam pada itu, SRAM sedang mempertimbangkan samada meletakkan Nicol sebagai pemain perseorangan atau beregu. Namun, SRAM tidak memfokuskan dalam acara beregu kerana ia kurang dipertandingkan sebelum ini di mana-mana pertandingan.

Skuad skuasy negara akan bersaing dengan pencabar utama, England.

Nicol yang baru tewas menentang Sarah-Jane Perry di Kejohanan Skuasy Terbuka Netsuite di Francisco, Amerika Syarikat, tidak akan mematahkan semangatnya dan bakal menebus kekalahannya pada Sukan Komanwel Gold Coast, Autralia nanti.

Senarai nama pemain skuasy negara ialah Nafiizwan Adnan,Mohammad Syafiq Mohd Kamal,Yuen Chee Wern, Ng Eain Yow,dan Sanjay Singh Chal. Manakala pemain wanita pula ialah Nicol, Low Wee Wern, S Sivasangari,Low Wee Wern, Andrea Lee dan Aifa Azman.

Foto Kredit: Rojak Daily