Seorang atlet terjun wanita negara didapati ‘kantoi’ ujian doping yang dijalankan ketika Sukan SEA Kuala Lumpur, Ogos lalu.

Antara pemenang pingat emas pada Sukan Sea lalu, Cheong Jun Hoong, Pandelela Rinong, Wendy Ng, Leong Mun Yee, Traisy Vivien Tukiet, Nur Dhabitah Sabri dan Jasmine Lai adalah pemenang pingat emas pada Sukan SEA.

Difahamkan, atlet yang terlibat itu difahamkan antara memenangi pingat emas selepas tuan rumah, Malaysia menyapu bersih 13 pingat yang ditawarkan.

Atlet yang disahkan positif doping perlu melalui ujian pengesahan pada sampel B sebelum tampil di Jawatankuasa Pendengaran Sukan Asia Tenggara (SEAGF).

Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dijangka akan mendedahkan butiran terperinci mengenai kes doping itu kepada media selepas mesyuarat jawatankuasa pemilihan Sukan Komanwel Gold Coast di Kuala Lumpur.

Foto Kredit: Reference