Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akan membariskan skuad ‘terhandal’ yang diketuai oleh Datuk Lee Chong Wei dalam menghadapi Sukan Komanwel di Gold Coast, Austaralia tahun depan.

 

Dalam usaha itu, pihak BAM telah memilih dan menyenaraikan 26 nama pemain untuk dipertimbangkan Jawatan Pemilihan Sukan Komanwel yang dikendalikan Majlis-majlis Olimpik MAlaysia (MOM), Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN).

 

Hanya lima kuota bagi pemain lelaki dan lima kuota untuk pemain wanita sahaja dibenarkan oleh jawatankuasa ke edisi Komanwel kali ini.

 

Sudah pasti atlet terbaik seperti Datuk Lee Chong Wei, Gog V Sem dan beregu campuran akan dimasukkan dalam senarai.

 

BAM juga menyasarkan tiga emas daripada enam yang ditawarkan dalam sukan badminton pada temasya kali ini.

 

Datuk Lee Chong Wei menjadi harapan negara kerana sentuhan magisnya diperlukan untuk kontinjen negara meraih emas buat Malaysia.

 

Saingan yang kuat daripada India,Kanada, England dan Singapura menjadi satu tetntngan hebat buat para pemain yang perlu lebih berkerja keras dalam mencapai target emas negara.

 

Acara yang dipertandingkan pada Sukan Komanwel Gold Coast adalah pasukan campuran, selain lima acara individu seperti perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita dan beregu campuran.

 

Foto Kredit: Twitter Lee Chong Wei