Connect with:




Malaysia sekadar meraih pingat gangsa dalam aksi Kejohanan Badminton Remaja Asia yang berlangsung di Jakarta Indonesia, semalam.

Skuad remaja kebangsaan yang tumpas di tangan Jepun pada peringkat separuh akhir dengan 3-0 sebelum ini berjaya mengejutkan juara tahun lalu, Korea Selatan dengan kemenangan 3-2.

Walau bagaimananpun, jurulatih remaja Kebangsaan memberitahu bahawa dia yakin pemainnya maaih mampu memperbaiki kelemahan dan kembali bangkit dalam acara inidividu yang bermula, Rabu ini.

“Mungkin Jepun mempunyai sedikit kelebihan dan bermian dengan lebih baik dalam perlawanan tersebut.

“Saya fikir pemain kita sudah memberikan segala-galanya apabila mereka mengejutkan pilihan kedua kejohanan di suku akhir.

“Saya tetap berbangga dengan pemain dan ingin melihat mereka melakukan yang terbaik dalam acara individu.

Foto Kredit: NST