Connect with:




30 pemain bakal menggalas cabaran negara dalam saingan Kejuaraan Ragbi Bawah 20 Asia Divisyen 2 yang bakal berlangsung pada 15 dan 18 Disember ini di UPM.

Hanya dua pasukan membarisi divisyen 2 iaitu Malaysia dan Emeriah Arab Bersatu. Divisyen 1 dibarisi pasukan Filipina, Thailand, China dan Sri Lanka. Bagi divisyen utama pula, negara yang tersenarai ialah Taiwan, Hong Kong, Korea dan Singapura.

Skuad negara ketika ini dilatih oleh Azlam Ishak sambil dibantu Mohd Norfazreim Imran. Mereka akan bertemu UAE sebanyak dua kali iaitu pada 15 dan juga 18 Disember ini di Padang A, UPM Serdang.

Jika berjaya menjuarai divisyen 2, skuad negara akan dinaikkan pangkat ke divisyen 1 pada tahun hadapan. Sebagai persediaan menghadapi UAE, Malaysia telah mengadakan dua perlawanan ujian yang menyaksikan skuad negara tewas 5-15 kepada XV Gaulouis dari Singapura selain menang 42-15 ke atas Iskandar Pirates.

FOTO: Malaysia Rugby