Dunia hari ini digemparkan dengan kes tembakan seorang pengganas berkulit putih yang menyerang Masjid Al Noor di Christchurch menggunakan senjata api.
Setakat ini, laporan media tempatan menyebut serangan menyebabkan 9 kematian sambil berpuluh lagi cedera.
Bagi skuad kriket kebangsaan Bangladesh yang berada di New Zealand untuk siri jelajah antarabangsa, serangan tersebut hampir-hampir meragut nyawa mereka.
Tamim Iqbal Khan, pemegang rekod larian terbanyak Bangladesh dalam twitter beliau memaklumkan mereka satu pasukan terselamat dari serangan tersebut selepas beredar lebih awal dari masjid tersebut.
Entire team got saved from active shooters!!! Frightening experience and please keep us in your prayers #christchurchMosqueAttack
— Tamim Iqbal Khan (@TamimOfficial28) March 15, 2019
Menurut laporan wartawan ESPN, Mohammad Isam, mereka berada di luar masjid selepas selesai solat dan sedang menunggu bas.
“Kami terdengar bunyi tembakan dan ramai orang lari bertempiaran keluar dari masjid” kata Mohammad Isam.
Bangladesh team escaped from a mosque near Hagley Park where there were active shooters. They ran back through Hagley Park back to the Oval. pic.twitter.com/VtkqSrljjV
— Mohammad Isam (@Isam84) March 15, 2019
Ekoran dari kejadian tersebut, status perlawanan kriket yang dijadual berlangsung pada 9 pagi Sabtu
menjadi tanya tanya sama ada dibatalkan atau pun akan diteruskan.