Kapten pasukan Harimau Malaya, Safiq Rahim mengharapkan peluang yang terhidang mampu mewujudkan keputusan positif pada aksi menentang Hong Kong di Stadium Hong Kong, 10 Oktober ini.

Penundaan aksi menentang Korea Utara yang sepatutnya berlangsung di Pyongyang semalam haruslah dimanfaatkan sepenuhnya skuad kebangsaan bagi memastikan Malaysia membawa pulang tiga mata di Hong Kong nanti.

Pasukan Hong Kong semalam telah merombak skuadnya dengan membarisi ramai pemain naturalisasi telah membuatkan halangan semakin besar kepada skuad negara.

Jurulatih skuad negara, Nelo Vingada menguatkan skuad dengan membawa masuk enam orang tonggak dari skuad bawah 22 negara (B-22).

Skuad B-22 perlu bersedia jika dipilih untuk membarisi kesebelasan utama pada pelawanan di Hong Kong nanti.

Harimau Malaya hanya mengutip satu mata dari dua perlawanan kelayakan Piala Asia 2019 dalam Kumpulan B.

Disebabkan itu, skuad Kebangsaan menyasarkan kemenangan pada perlawanan ini kerana iannya akan mencerahkan kembali laluan Harimau Malaya ke pusingan akhir di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Pada pertemuan pertama di Stadium Hang Jebat, Melaka pada 5 September lalu, skuad kebangsaan berjaya bangkit mengikat Hong Kong 1-1.

Sebelum itu, Malaysia tumpas 1-2 kepada Lubnan pada perlawanan pembukaan Kumpulan B di venue sama pada Jun lalu.

Foto Kredit: Asiana.MY