Pusat latihan Johor Darul Ta’zim (JDT) dipilih oleh Skuad kebangsaan China sebagai medan persiapan menghadapi perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia 2018.

Skuad kebangsaan China bimbingan Marcello Lippi itu akan menentang pasukan Syria bermula hari ini hingga 11 Jun 2017.

Menurut laman sosial JOHOR Southern Tigers, Persatuan Bola Sepak China meminta untuk menggunakan fasiliti latihan milik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT).

Skuad China memilih Pusat Latihan Padang Seri Gelam kerana ia mempunyai fasiliti dan kemudahan yang terbaik di Malaysia.

Ketika ini pasukan China menduduki tangga yang kelima dalam Kumpulan A manakala pasukan Syiria di tangga keempat.

China mengharungi tujuh perlawanan dengan mengumpul lima mata manakala Syria mendahului dengan kelebihan tiga mata.

Perlawanan antara pasukan China dan Syria akan berlangsung pada 13 Jun hadapan di Stadium Hang Jebat, Melaka.