Skuad remaja kebangsaan sudah menampakkan rentak untuk menjadi pasukan yang digeruni di Asia walaupun gagal mencapai sasaran menduduki kelompak tiga terbaik dalam Kejohanan Piala Sultan Johor (SOJC).

 

Menurut Lim Chiow Chuan, dengan barisan pemain muda yang ada sekarang ini tidak mustahil untuk skuad muda ini mengulangi kejayaan skuad Projek 2013 yang muncul juara di Piala Remaja Asia 2012, Melaka, selepas gelaran itu berjaya dirampas oleh India pada edisi 2015 di Pahang.

 

Mesti anda tertanya-tanya kenapa kejohanan Piala Hoki Sultan Azlan Shah diadakan di Perak sahaja kan ?

 

Nak tahu kenapa dianjurkan di negeri Perak ? mari kita kenali fakta hoki di Malaysia.

  1. Sukan hoki di Malaysia pada mulanya dibawa masuk oleh askar Tanah Melayu seawa tahun 1892. Tetapi pada masa itu ramai yang tidak menyokong kemasukan sukan ini kerana sebab-sebab yang tertentu.  Pada tahun 1920, baru la penerimaan ini semakin positif dari hari ke hari oleh rakyat Tanah Melayu.

 

  1. Kalau anda semua nak tahu, pada tahun 1923 lagi Malaysia telah menubuhkan pasukan hoki kebangsaan di mana mereka membuat jelajah asia dengan mengadakan perlawanan persahabatan dengan Hong Kong dan Macau.

 

  1. Kemudian Persatuan Hoki Tanah Melayu (MHF) dengan kerjasama Keastuan Olahraga Tanah Melayu menubuhkan Majlis Olimpik Kebangsaan.

 

  1. Liga hoki pertama dianjurkan di negara kita pada tahun 1946 yang dianjurkan di Taiping, Perak. Jadi, sebab itu Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan shah dianjurkan di Perak sebagai penghormatan kali pertama Taiping sebagai tuan rumah.

 

Foto Kredit: Konfideransi Hoki Malaysia.