Connect with:




 

Skuad hoki lelaki dan wanita 5 sebelah kebangsaan meneruskan perjuangan apabila kedua-dua layak ke separuh akhir Kejohanan Sukan Olimpik Remaja 2018 Asia (5 sebelah) yang berlangsung di Bangkok, Thailand.

Skuad hoki yang turun dalam aksi kumpulan B tidak menghadapi sebarang masalah apabila mudah membelasah Pakistan 12-1 dan petang ini mereka akan turun menentang Singapura untuk tentukan juara kumpulan B.

Bagi skuad wanita pula, mereka terpaksa berhempas pulas sebelum mencatat kemenangan dramatic 4-3 ke atas Jepun sekali gus membawa mereka melangkah ke separuh akhir.

Kejohanan ini telah menawarkan tiket untuk dua pasukan terbaik yang akan layak secara automatik di kejohanan Sukan Olimpik Remaja B-18 di Buenos Aires, Argentina, dari 6-18 Oktober depan.

Foto Kredit : Malaysian Hockey Confederation