Connect with:




Skuad hoki negara, terpaksa melupakan tiga watak penting dalam pasukan mereka apabila terpaksa menggugurkan dari skuad utama setelah mendapati mereka belum cergas sepenuh untuk di bawa ke Sukan Komanwel bulan depan.

Bagi jurulatih hoki negara, Stephen Van Huizen terpaksa akur dengan keputusan ini kerana jika ia dibawa juga ke Sukan Komanwel, dikhuatiri mereka tidak sempat cergas sepenuhnya dan akan memberi kesan kepada pasukan.

Tiga pemain tersebut adalah Marhan Jalil, Nik Muhammad Aiman Nik Rozemi, Faiz Helmi Jali merupakan pemain penting ketika Piala Sultan Azlan Shah baru-baru ini. Bagi kes Faiz Helmi Jali, beliau memintak perlepasan dari menyertai skuad negara kerana ingin memberi tumpuan kepada pelajarannya.

Selain tiga pemain itu, kehilangan penjaga gol utama, S kumar juga turut di rasai kerana S Kumar sebelum ini telah mempamerkan prestasi cemerlang bersama skuad hoki dalam beberapa kejohanan sebelum ini.

Beliau tidak dapat menyertai kejohanan kali ini kerana digantung sementara atas sebab terlibat dalam kes doping namun begitu kes beliau masih dalam siasatan oleh Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH).

Skuad Stephen telah mengumumkan 18 pemain yang akan di bawa ke Sukan Komanwel Gold Coast bermula 4 hingga 15 April ini. Tempat kedua-dua pemain itu digantikan dengan Ramadan Rosli dan Amirol Aideed Arshad.

 

Foto Kredit : Malaysian Hockey Confederation