Pasukan futsal lelaki dan wanita Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) kini sudah bersedia sepenuhnya bagi menghadapi cabaranĀ  Liga Futsal Kebangsaan FELDA-FAM 2011/2012 yang akan bermula pada minggu ini.

Sepanjang persiapan PKNS untuk liga kebangsaan ini, beberapa percubaan dan perancangan taktikal baru telah dicuba dengan harapan cabaran PKNS kali ini lebih berdaya saing serta mampu memberi tentangan sengit kepada pasukan lawan yang lebih berpengalaman seperti Selangor.

Ketua jurulatih, Chiew Chun Yong sasaran kedudukan empat terbaik di pusingan akhir mampu direalisasikan berdasarkan persiapan pasukan yang telah dibuat sejak bulan Mac lagi.

Beliau menambah pasukan kini sedang dalam fasa terakhir latihan dan sangat berpuashati dengan komitmen pemain serta majikan.

Sementara itu, ketua pasukan futsal wanita, Farhana tampak yakin untuk menghadapi saingan lawan dalam Kumpulan A berdasarkan persefahaman yang telah dibentuk selama ini.

Mengganggap Selangor dan Felda United sebagai pencabar terkuat, Farhana juga tidak sesekali memandang rendah kemampuan pasukan lain seperti MPSJ, Sabah, Johor SAJ, Unimap dan Kedah.

“Kami tidak tahu kemampuan pasukan lain kerana tidak pernah bertemu tapi kami akan turun memberikan aksi terbaik.” tambah Farhana.