Barisan pemain bawah 22 tahun negara menampilkan aksi bertenaga dalam satu perlawanan persahabatan menentang skuad senior Brunei di Stadium UiTM, Shah Alam.

Thamil Arasu Buka Jaringan Untuk Malaysia

 

Anak buah Ong Kim Swee bermula cemerlang selepas Thamil Arasu membuka jaringan seawal minit ke-8. Wan Zahrulnizam kemudiannya menambah jaringan pada minit ke-25 sebelum Brunei merapatkan kedudukan di penghujung babak pertama menerusi tendangan percuma.

Wan Zaharul Nizam Jaringkan Gol Kedua

 

D.Saarvindran kemudiannya menambah derita Brunei menerusi jaringannya pada minit ke 67 sebelum Ferris Danial menyumbat gol pada minit ke 80 untuk melengkapkan kemenangan bergaya 4-1 keatas Brunei.

Pasukan Brunei sebelum ini seri 1-1 menentang UiTM FC dan mereka kini dalam rangka persiapan menjelang kelayakan Piala AFF Suzuki 2012 pada 5 Oktober ini di Yangon, Myanmar.